aku dalam dilema sekarang ni.

Rabu, 12 Ogos 2009

Aku berbangga kerana aku dilahirkan dlm Islam..!

Aida call aku td..die bgtau aku ade kwn die mcm berputus asa dgn kehidupan die..katanye untuk ape aku jd islam..?masya-ALLAH..berulang kali hati aku bergema dgn masya-ALLAH..sejahil itu anak muda skrg..aku beritahu Aida bahawa kwn dia itu patut berbangga dgn takdir Ilahi kpdnya..yakni dilahirkan di dlm Islam..aku pernah membaca dlm byk kitab bahawa Islam itu agama terbaik di atas bumi ALLAH ini dan tiada agama sesempurna Islam..ya..itulah yang aku beritahu kpd Aida..
Seorang muslim adalah manusia yang paling hebat jika dia benar2 muslim. Muslim dalam kerangka dia mempunyai akidah yang benar dan menghayati islam sepenuh jiwa dan raga. Kerana apa? kerana akidah islam akan menghilangkan sefat pengecut dan menjadikan jiwanya mutlak kerana Allah. Tiada Lain. Allah semata-mata.
Seorang muslim adalah manusia yang paling berbangga dengan keislamannya dan mempunyai 'izzah' atau kehebatan yang tiada tara bandingnya di kalangan makhluk bergelar insan. Semua ini adalah kerana kita berhubung terus dengan Allah, tuhan seluruh manusia. Jika Allah bertakhta di hati, maka sifat penghambaan sesama manusia terhapus terkikis dari hati lantas menjadikannya singa yang mengaum kuat menentang kezaliman.

"Barang siapa yang mengkehendaki kemuliaan, maka ketahuilah bahawa kemuliaan itu semuanya milik Allah" (Faathir, 10)

Ya, kita mulia dengan islam yang kita anuti. Kita berbangga dengan agama ini. Jika kamu mash kurang yakin dgn kata-kata aku,kita selak kembali lembaran2 kuning sejarah keagungan islam yang pernah menggegar dunia suatu ketika dahulu, pasti kita akan dapati bahawa tokoh-tokoh pembangkit islam adalah mereka yang bangga dengan agama ini.
Aku amat tersentuh hati bila membaca kisah Ibn Taimiyyah ketika dipenjara hanya kerana kelantangannya menentang ahli bid'ah dan orang zalim.Dia meringkuk di dalam penjara. Di sebalik jeriji besi itu, suatu hari dia berkata;

"Orang yang dipenjara ialah orang terpenjara hatinya dari Rabbnya, orang yang ditawan ialah orang yang tertawan oleh hawa nafsunya"

Keberadaannya di dalam penjara mengubah penjara menjadi kelas-kelas ilmu agama dan melahirkan ramai faqih agamawan yang terdiri daripada banduan-banduan. Sehingga ada banduan yang enggan dibebaskan hanya kerana ingin bersama dengan Imam Ibn Taimiyyah.Jeriji penjara tidak menjadikannya lemah, lantas termenung sendirian melayan hati yang duka lara. Jeriji besi tidak memenjarakannya daripada memiliki kemuliaan sebagai seorang muslim. Dia proaktif,dia tekad dengan kalimah syahadahnya. Penjara sempit juga tidak menghalangnya daripada berhenti menulis kitab-kitab dan mendidik jiwa-jiwa agar kembali kepada fitrah yang suci, islam.Inilah contoh muslim yang i'zzah dengan keislamannya.Kehebatan muslim juga tidak terletak pada labuhnya jubah, besarnya lilitan serban atau betimbun-timbunnya kitab para ulama' di rak buku. Tidak juga pada kepetahan kata-kata, mahupun pada banyaknya mesyuarat-mesyuarat besar. Tetapi kehebatan muslim itu terletak pada madrasah malamnya. Iaitu pada solat malamnya (qiamullail). Kerana ini adalah jana kuasa iman yang paling utama!

"Sungguh, waktu malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan waktu itu) lebih berkesan" (Al-Muzammil, 6)

Waktu malam adalah amat berharga, maka janganlah mengisinya dengan perkara sia-sia. Bangunlah hai jiwa yang suci tatkala mata-mata terlelap lena. Pasti kamu akan temui satu alunan irama ketenangan mengalir di setiap pembuluh darahmu dan menyelit antara tulang dan dagingmu. Pasti kamu akan rasai kekuatan sebagai seorang muslim.Qiamullail berkait rapat dengan iman yang mendalam.
Dan ketahuilah wahai sahabatku, persoalan keimanan adalah persoalan pokok dalam kehidupan muslim. Iman ibarat kehidupan bagi seorang muslim. Maka barang siapa meremehkan persoalan keimanan, bererti dia meremehkan kehidupannya. Tidak ada makna hidup tanpa iman.Iman juga adalah asas yang meneguhkan kaki kita dalam jalan dakwah.
Tiadalah maknanya pergerakan islam yang sibuk merangka program besar-besaran yang mengumpul seluruh umat islam, namun hati penggerak-penggeraknya kering dari merasai kemanisan iman. Aduhai, alangkah malangnya apabila ini terjadi. Oleh itu marilah kita menjadikan peningkatan iman adalah agenda utama kita dalam kehidupan seharian. Itulah kekuatan yang sering dilalaikan, Iman yang mendalam.

"Jangan fikir hendak mengangkat pedang di medan perang, jika tidak mampu mengangkat kelopak mata di waktu malam"

Wallahu'alam..