aku dalam dilema sekarang ni.

Jumaat, 19 Mac 2010

Aku hanya insan yang lemah..


Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.


Kadangkala aku merenung sendiri,mengenangkan perjalanan hidup yang Tuhan aturkan.Selalunya sangat indah jika difikirkan namun aku mengakui,sedikit sebanyak aku mengeluh dengan sisa-sisa ketabahan yang ALLAH limpahkan untukku.Kenapa sedikit cuma..?Dari situ,aku belajar bahawa ALLAH ingin aku sentiasa mendekatkan diri denganNya dikala aku kesedihan dan tidak melupakanNya dikala aku dalam kesenangan.Dan hanya dengan mengingati ALLAH,hati menjadi tenang..(Ar-Ra'd:28)
Besok dah nak balik SBPI Pekan,aku tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan apa yang aku rasakan pada waktu ini.Samada sedih atau gembira,kedua-duanya berbelah-bahagi.Aku wajar untuk merasa sedih kerana sepeninggalan aku,ramai orang tersayang yang terpaksa aku tinggalkan buat sementara waktu.Sebabnya aku akan kembali untuk 3minggu kemudian.Oh,Tuhan..peritnya! Pape pun,semoga Allah sentiasa melancarkan urusanku seharian. Aku wajar merasa gembira kerana aku akan kembali ke kelas dan menyambung pembelajaran..serta m'peroleh keputusan exam...ahak,ntahlah mcm ne nak buat??


Aku jarang boleh un9 sbb bnyk sgt keje nak buat. pape pun..kpd sume,slm syg n bye.