aku dalam dilema sekarang ni.

Ahad, 14 Mac 2010

Kerinduan yang masih belum mekar..

Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.

Kehidupan di SBPI Pekan makin baik dan makin membuatkan aku sedar bahawa Tuhan ingin memberikan aku sesuatu yang berharga untuk masa mendatang.Aku mula belajar bagaimana untuk berusaha menjadikan sesuatu itu teratur seperti masa dan menanam rasa kasih sayang kepada saudara seagama meskipun segolongannya agak kurang menyenangkan.Tetapi,kesempurnaan iman kita sebagai seorang yang beragama terletak pada tahap kecintaan kita kepada saudara seagama kita sendiri.

Di asrama,aku sejujurnya tertekan kerana aku tidak biasa hidup di dalam suasana yang umum.Aku perlu mengikut rentak peraturan yang ketat dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang bagi aku kadangkala tidak selaras dengan tuntutan islam.Bukankah islam mengajar kita untuk sentiasa bersopan ketika makan dan bertegur sapa?Kalau bercakap dalam suara yang tinggi dan terlampau yakin,kita mungkin boleh mengeluarkan kata-kata yang tidak elok.Aku ingin sekali menegur tetapi apakan daya,perbuatan lalu tidak berani untuk aku ulangi.Demi menjaga nama sekolah lama,aku cuma berdiam diri dan menerima apa yang terhidang untuk aku santapi.Sekurang-kurang aku menghindari kemaksiatan meskipun dengan cara yang paling tidak kuat dan selemah-lemah iman.Aku terkilan dengan seorang kawan dan setiap kali mengingati mimik mukanya apabila berhadapan denganku,aku sedih.Aku sendiri tidak tahu salah silapku dan aku sendiri tidak tahu keinginan dia.Ya ALLAH....

Selamat malam,semoga mimpi yang indah-indah,semua.

p/s : maafkan aku andai ada silap,fatin.jauhkan dirimu daripada hati yg suuk.