aku dalam dilema sekarang ni.

Rabu, 23 Mei 2012

Benda dalam BEG !





Alhamdulillah sudah lulus JPJ Test. Biasanya adik² yang masih belajar kat sekolah, akan tanya apakah itu JPJ Test ? JPJ Test nih apa yang aku faham, satu langkah yang aku kena ambil untuk dapatkan lesen memandu P. Hebat kan kalau dah ada lesen memandu? Tak berapa hebat tapi okay lah jugak sebab dah ada lesen.
Cuba klik sini !

Selama tiga bulan lebih aku berulang alik ke AmKist. AmKist nih ialah sebuah akademi memandu yang mana kat sana nanti ada lah cecikgu para pengajar yang akan ajar korang memandu. Kat Kelantan ada banyak sangat pusat belajar memandu, asal ada duit je boleh belajar. Tapi aku nih, 100% abah aku sponsor. Well, harga bergantung pada tempat lah. kalau aku nih,habis dalam RM600 lebih aje untuk belajar drive kereta. Kalau kat Kuala Lumpur lagi murah, RM500 lebih.





Bila pergi kelas memandu, aku selalu bawak beg Adidas hitam yang aku beli kat kedai lelong,murah saje kot. Dalam rm40, dua poket saje ada tapi aku suka design yang simple tuh. Cikgu pernah tanya aku ; Fakhriah, kenapa selalu bawak beg macam budak sekolah? Aku suka dan lebih selamat maybe, selamat daripada jadi mangsa ragut. Haa, satu tips untuk elak diri daripada diragut ialah sila bawak Ridsect yang botol kecik tu. Aku punya dah habis tapi harga dia murah saje, dalam RM3.80 macam tu. Korang sembur je kat mata si peragut, insyaALLAH tak buta cuma alahan tu akan ada lah. Kejam kan aku? Haha. Tak pon korang bawak je perfume yang jenis spray tu. 





Aku pergi mana² mesti aku akan bawak beg macam beg budak sekolah tu. Macam² benda aku bawak, dan tak berat pun untuk aku always pikul ke mana saje aku pergi. Aku selalu pakai baju kurung pergi kelas memandu, mungkin mula² rasa kekok masa nak drive tapi lama² dah biasa sampai hari JPJ Test pun aku still pekena baju kurung. Tapi boleh je lulus dan dapat markah penuh, teehee. =)

Mesti orang akan tanya, apa yang aku bawak dalam beg aku? Takde benda mahal pun, so takyah nak ragut aku lah. Aku just bawak benda² basic yang aku memang takleh tinggal kat rumah. Sebab aku perlukan semua benda tu. Apa dia?





Handphone dah jadi benda wajib lah. Kemudian beg duit, aku tak pakai lah beg duit macam orang pompuan tu. Class ek aku, aku pakai yang orang laki punya.Actually, dompet tu dah empat tahun usianya. Nanti usia lima tahun,aku akan buang lah kau wahai dompet. Yela, dah umur 18 tahun takkan nak jadi macam budak² sekolah lagi. Lepas tu,aku bawak buku bank.Duit aku tak banyak pun tapi aku amalkan,bila keluarkan duit dari account,aku guna then kalau ada baki even RM2 pun aku akan bank in. Maybe tak bank in terus tapi dalam masa terdekat aku akan bank in. Ni cara aku berjimat cermat. Lu ikut cara lu, aku ikut cara aku okayy ? 

Next, aku bawak Garnier BB Cream dan barang² sewaktu dengannya ; bedak kompak Maybelline All in Onelip-balm Baby Lips Maybelline, One Drop Perfume. Aku tak pandai bersolek tebal² so aku just pakai benda² macam nih aje. Then aku bawak my mini Samsung Tab sebab aku suka lepak kat tempat yang ada wi-fi. Kat AmKist memang ada tapi slow macam kura-kura. Aku jarang bawak benda ni kalau nak pergi tempat dekat², lagipun aku malas nak cas. And yang paling basic gila dan always dibawak ialah my beloved Junior English Dictionary. Kalau aku bosan sangat menunggu cikgu, aku belek² kamus. Biasanya aku gelak sengsorang bila jumpa perkataan teruk. 

Majmu' Syarif ialah benda wajib. I think that you can also bring this, very suggested. Ala,tak mahal pun kalau korang nak beli. Dalam RM3 lebih saje yang kecik punya. Banyak lah manfaatnya,ada selawat², surah² pilihan,doa dan ada tazkirah pendek yang boleh korang baca. Then aku bawak buku nota dan pen. See, buku nota aku ada gambar medical stethoscope tau,hehe. Nak jadi doktor kena ada buku nota macam ni supaya semangat teransang. The last thing is watch. Jam tangan Casio pemberian ummi aku,memang aku takleh tinggal kat rumah. Aku selalu pakai jam tangan sebab memang tabiat aku sejak sekolah lagi. Simple saje jam tangan aku,tapi aku suka warna hitam. Thanks ummi sebab kasi jam tangan branded ni,suka sangat.  Agak² berapa harga dia ? 

So then,aku rasa aku ada idea untuk blogging hari nih. Puas hati aku !

 Assalamualaikum !