aku dalam dilema sekarang ni.

Khamis, 10 Mei 2012

Hantu kat Unisza.



Aku banyak dengar cerita seram kat Unisza tuh. Aku memang tak pernah jumpa 'benda' tuh tapi seram jugak bila fikir. tambah lagi,aku suka tengok horror movies yang aku selalu pinjam dengan Huda. Peminat cerita hantu yang tegar tapi aku tak sanggup untuk jumpa hantu. Talking about ghosts, aku selalu kebimbangan bila berdiri depan cermin. Selalu ter-imagine seolah-olah benda tuh akan muncul macam dalam video bawah nih.




Kalau saat kemuncak seperti pukul 12 am,aku rela tak pandang cermin masa cuci muka. 



Firstly,aku akan berlagak matang lah, seolah takde orang berani kacau aku. Tambah lagi cermin toilet rumah aku besar. Apa pun, aku memang selalu ketakutan kalau time tengah mandi,then tertoleh kat cermin. Aku guess ada 'orang' lain tapi rupanya tuala aku sendiri yang aku gantung kat pintu. 

Well, masa mandi masih okay sebab aku tak mandi waktu malam. tapi kalau time nak cuci muka, memang aku terpaksa pandang cermin.


Terus tunduk ke sinki tanpa melihat cermin. TAPI , lastly aku akan tertengok cermin jugak.

Kalau tak sengaja tertengok, memang kalenjar hormon aku akan terus merembeskan hormon. Aku akan imagine ada 'perempuan' lain yang bajet cantik sedang menilik cermin toilet.

So, aku sentiasa harap kalau memang ada 'orang' lain kat belakang aku, hope 'dia' seorang perempuan yang selalu pinjam jubah putih dengan mak haji. Kalau lelaki, aku tak tahu macam mana nak cakap sebab selalunya orang lelaki masuk toilet perempuan nih, dia ada niat nakal.

Biasanya aku terpaksa pandang cermin waktu cuci muka dengan pencuci muka. Tahap alkali memang kuat maa sampai mata aku rasa the alkali turns to acid. Merah habis mata aku sebab aku bajet pro bila tak tutup mata. Bimbang kalau aku pejam, bila bukak balik 'perempuan' tuh dah depan atas sinki kat depan aku.

Aku mula membasuh muka aku. Aku seorang yang bermata sepet jadi untuk elakkan mata aku terpejam, aku bulatkan mata aku. memang bulat macam syilling 50 sen tuh. 



Aku bulatkan mata aku sebulat mungkin dan pandang cermin dengan istiqamah. Urat mata mula mengembang, mujur tak putus je saraf dalam neuron otak. 

Sampai sabun masuk dalam mata aku pun aku masih bukak mata. Aku tak kisah asalkan takde apa yang mengejutkan aku kalau aku pejam mata then bukak balik. Pedih mak ! 

Masa bilas muka dengan air pun aku masih bukak mata. Hebat tak ? Rupanya aku ada kuasa tahan mata sampai berpinar pinar. Bakteria yang ada dalam air paip tuh memang bersorak lah dapat sentuh mata aku kan. Saraf mata aku menangis tanda protes. Then aku berhajat nak lap muka dengan tuala. TAPI, aku punya data kat otak dah diterjemahkan dan tangan aku dah bertindak. 

Tunggu apa lagi ? Cabut je lah !

Aku tengah plan macam mana nak ajak kawan untuk teman aku pergi toilet nanti. confirm toilet tuh ada cermin, tapi aku hope cermin tuh pecah sebelum aku datang. Apa pun, tahniah lah senior sebab dah berjaya takutkan aku dengan cerita hantu. sesuai lah sasaran tuh dengan aku yang memang paranoid dengan cermin.

p/s :  Teringat kat hantu ju-on yang merangkak dengan kelajuan luar biasa.