aku dalam dilema sekarang ni.

Rabu, 9 Mei 2012

Medic or TESL ?





Sekarang ? Everyone tengah sibuk nak masuk universiti, matriks and form six. Tapi budak² form six dah daftar dah. Ramai yang inbox aku, bertukar soalan ' eh kau dapat u mana?' 'eh kau nak pergi tak?' 'eh,kau dapat course ape?' Masa aku sekolah menengah dulu, aku tak pernah terlintas nak masuk asasi walaupun ummi aku memang ex asasi. takpe, ummi aku genius so memang dia layak dapat kat situ since zaman dia, gempak lah masuk asasi sebab tak ramai dapat masuk. sekarang ramai yang dapat. sampai dekat facebook tuh, siap tubuhkan group bagai. Kat sekolah aku pun, batch kami memang ramai yang dapat asasi. Sekolah aku sekolah desa je, result SPM tahun lepas pun tak berapa nak gempak tapi yang dapat asasi memang lebih 10 orang.


Adik dia dapat A+ english for SPM .



Tapi yang dapat TESL ? Frankly speaking, aku tak sangka pulak. Just 3 orang. Ramai je yang apply,tapi dapat course lain. ramai je yang nakkan course TESL nih, tapi dapat course lain. well, bila buat survey kat google TESL is one of the most wanted course. macam course idaman sebab people tabik spring budak² yang ambil course TESL nih. aku pun tak tahu kenapa tapi masa zaman sekolah dulu, kitorang selalu nampak senior yang belajar TESL memang hebat. TESL doesn't same as English Course. Maybe TESL punya peluang kerjaya agak luas,and anyone yang ambil course TESL senang nak fly ke overseas sambung belajar. 


A+ English, nak sangat TESL tapi tak dapat .

Medic pun course idaman. aku pun tak tahu kenapa students gila sangat kat course medicine. Padahal belajar susah, otak kena banyak menghafal. TAPI course ini lah yang aku apply jugak and aku berjaya dapat. Syukur sangat². Kenapa aku apply ? Ada sebabnya dan bukan sebab gaji mahal or that title. asalnya aku nak jadi arkitek tapi entah kenapa hujung tahun lepas sampai bulan februari tahun ni aku asyik berdoa pada Allah, semoga Allah permudahkan jalanku untuk menjadi seorang doktor. 

Mak, aku tak minat Medic asalnya sebab aku bukan jenis kaki buku. Aku lebih suka belajar Biologi SPM lah mak. tapi entah kenapa mak,aku jadi minat buat medical check-up kat orang nih. Okay ye mak, jangan tanya lagi kenapa aku tak minat Medic.




Memang jalan aku ke arah menjadi doktor ni mudah. tambah lagi belajar medicine kat Mesir.
TAPI, well dalam soal masa depan memang aku banyak guna perkataan TAPI. aku jugak dapat TESL, kat Terengganu. IPTA yang aku dapat tuh memang salah satu IPTA favourite sebab dapat membentuk sahsiah diri dan masalah sosial kurang, aku dapat hadirkan diri dalam kuliah agama dan berada dalam biah solehah alhamdulillah. kat Mesir pun sama kan,aku berada di salah satu negeri yang diberkati Allah. Negeri yang disebut di dalam al Quran bilamana Allah menggalakkan kita menjejakkan kaki di Mesir. Subhanallah, bila direnung aku rasa kedua² pilihan terbaik. memang lah aku dapat Matrik, under MARA pulak tuh. tapi aku tak nak pergi matrik, haha! So then, aku ada double options sekarang ; either Medic or TESL.




Ramai tanya aku, aku nak pergi yang mana satu ? Jawapan aku ; saya masih dalam istikharah. ya , waktu ini aku hanya menunggu petunjuk Allah kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk aku. on the same time,aku inbox akak abang senior untuk tanya pendapat dorang. 




Aku survey banyak websites and forums untuk dapatkan lebih guide. cuba listkan pros and cons, well my Abah akan terima apa saja keputusan aku. even kalau aku ambil TESL sekalipun, Abah suruh aku belajar leklok sampai boleh jadi PENSYARAH. aku masih ramai adik so aku kena fikir baik². Masa SPM aku main², even aku masih dalam list TOP FIVE dalam ranking SPM 2011 aku masih kecundang sebab ramai yang assume aku macam² bila aku tak dapat straight As. Silap aku lah jugak kot, dalam kelas Sejarah asyik tidur tapi syukur lah, Sejarah punya result masih A+. aku sedar,salah satu faktor mungkin aku tak dapat straight As,aku agak banyak buat benda yang tak mendatangkan barakah. aku pandang remeh tentang aurat and sebagainya,iman jadi turun naik je. jadi mungkin dengan result yang tak straight As tuh aku dapat lebih memuhasabah diri insyaAllah. well, aku fikir kalau aku dapat straight As mungkin aku akan jadi over confident sebab kat sekolah aku,takde yang dapat straight As. biarlah, benda lama taknak diungkit haha, sebab aku dah redha dengan apa yang Allah bagi. :')





Sekarang aku tengah confuse nak pilih TESL or Medic. Dua² course aku minat, tamak betul aku nih. tak baik betul. aku berfikir sejenak tentang kata² seorang makcik yang ilmu agamanya memang banyak.




Kita ni orang perempuan,jangan terlalu fikirkan dunia sebab dunia sekarang dah akhir zaman. yang penting kita menuntut ilmu,yang dianggap jihad fisabillah bilamana niat kita kerana Allah taala. jadi doktor pun,kalau kita terlalu sibuk sampai tak sempat nak beribadah pada Allah takde guna jugak biarpun doktor ni satu kerja mulia.

Memang betul jugak. Kerja doktor memang sibuk,tambah lagi kalau ada on call. Hm,aku ada matlamat aku sendiri sebenarnya kalau memang aku berjaya jadi seorang doktor. dan kalau aku ditakdirkan jadi pensyarah even aku memang takde bakat dalam teaching,aku akan tetapkan matlamat lain pulak.

Pekerjaan seorang pendidik membawa ke syurga selagi dia mengajar ilmu yang bermanfaat dan ilmu itu dianggap amal jariah yang boleh dihisab kelak insyaAllah. - kata²hikmah

Aku sibuk duk survey internet,tanya kakak² senior yang ambil TESL bla bla bla. Baru jumpa sorang dua budak TESL yang satu batch dengan aku,memang tak ramai ek yang dapat. or aku je yang tak jumpa ramai lagi yang dapat. (--')>

Aku masih dalam istikharah dan semoga Allah memberi jalan terbaik buatku. Amin.

# p/s : Aku baru jumpa ex Unisza yang ambil TESL. Sekarang belajar TESL kat New Zealand. =)