aku dalam dilema sekarang ni.

Khamis, 21 Jun 2012

kolej MARA kulim.



saya dah masuk Kolej Mara Kulim. 

hari pertama,
saya terlewat bangun dalam pukul 6am. kalut sangat sebab barang tak kemas lagi. cuba bayang,nak kemas semua barang dalam masa 30 minit sebab pukul 6.30am dah kena mandi dan siap². bangun pagi,terus nangis kat abah ; abah kenapa tak kejutkan along? saya tinggalkan bilik dalam keadaan bersepah dan bila sampai kat kulim,abah tanya pasal bilik saya. opps,penggunaan saya sangat skema. :)
kami bertolak dalam pukul 7am, sampai kat kulim dalam pukul 12pm lebih. mujur lah ada GPS,tapi kami tersesat jugak,haha. em, jalan kat kulim serius memang banyak cabang. banyak kali lah jugak tersesat.
sampai kat Kolej Mara (KMK),terus daftar.alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

aku dapat dorm Tawakkal. cantik nama dorm kan? dormmates pun peramah sangat. tapi aku pulak yang pendiam.mujur lah dorang sangat baik dan sporting. kawan katil sebelah,Syida pun sangat baik,rajin belajar dan selalu berkongsi ilmu. al maklum,aku daftar lewat so banyak benda yang perlu di-cover. biologi dah habis chapter one, maths dah banyak belajar,fizik pun. Syida nih ambil Module three, aku pulak Module one. bezanya syida tak ambil fizik . tapi dekat dorm nih, ramai yang ambil Module one so sebab aku nih jenis yang boleh study ramai², takde masalah untuk study group.

peraturan KMK memang sangat ketat. macam batasan sosial dan pergaulan sangat dijaga. akak² felo kat sini sangat garang and biasalah tu kalau kena marah kat depan² orang ramai. kena tahan malu. sini banyak aktiviti kerohanian,contohnya usrah,kelas fardhu ain dan banyak lagi lah. dormmates,even sangat rock dan always gempak tapi setiap pagi lepas subuh,aku selalu dengar dorang baca yassin. aku sangat okay dengan dormmates terutama kawan katil sebelah.syida sangat baik dan rajin belajar jadi aku pun akan terdorong untuk rajin belajar. always gempak? dorm awak bising ek? ya sayang,bising jugak tapi takpelah,meriah. masa mula² datang sini,dorang datang tegur aku and borak². alhamdulillah sebab pelat Kelantan aku tak pekat and aku boleh communicate macam biasa,jadi masalah pendiam aku tak sebabkan aku terpinggir . dorang tanya ; awak ni orang kelantan ke? tak dengar pelat kelantan pun. wink wink. :) asal usul jangan dilupa. dorm ni ramai orang kelantan,suka sangat.

cikgu ? lecturers? 
baik ! terutama biologi . cikgu Hapiza sangat prihatin,dan insyaAllah aku tak berapa nak pemalu kalau tak faham something,boleh consult terus. sebelum datang sini,ummi kongsi tips sebagai bekas pelajar asasi .
jangan meniru walaupun test biasa. selalu tanya lecturers kalau ada yang tak faham. pedulikan tomahan orang kalau ada tersilap laku. patuh pada undang. berbaik dengan lecturers.
tadi masa nak test maths, aku ada blur sikit kat satu soalan. hajatnya nak tanya kawan sebelah tapi aku teringat pesanan ummi,aku fikir dua tiga kali. mujahadah kuat². 


stress ?
mula² datang memang stress sebab aku miss banyak topik. terutama maths,yang aku sangat² tak suka tapi ummi cakap,kena paksa diri even tak suka subjek maths and physic. physic tadi memang aku jadi blur gila sampai aku rasa nak tukar ke module three.aku banyak doa pada Allah then masa nak balik dorm,ada sorang kawan tegur. dia satu dorm dengan aku,borak punya borak lastly dia ajak aku study physic sama². kebanyakannya kalau aku ada masalah,aku doa pada Allah. banyak lah yang settle. contohnya aku ni pemalu and susah nak turun ke kantin,makan bagai.then petang td,untuk dinner aku hajat taknak makan tapi masa nak naik ke dorm,ada sorang budak ex-Kisas tegur. dia ajak aku makan sekali. how sweet? Allah sangat pemurah. sayang Allah. :') 


keadaan kat dorm?
okay,aku dapat dorm baru and selesa. ( sekarang dormmates duk lepak kat katil aku sambil borak² tentang pakwe ,sporting kan? haha.) sekarang ni pun aku tengah dengar orang baca yassin,kawan sebelah katil aku pun pasang kaset yassin. sini bagus ,syukur sangat². sebab sebelum aku datang sini,aku interview kawan² yang dah masuk sini,mostly cakap dorm dorang tak berapa okay.

toilet?
toilet sini okay,masing² jaga kebersihan. TAPI kene rush and bangun awal pagi supaya boleh mandi awal. sebab air cepat takde.aku bangun dalam pukul 5am,tak ramai lagi yang guna.so best lah mandi. korang tak boleh nak marah² in case orang mandi lama sangat sebab masing² ada hak. so pandai² lah korang rushing and mandi awal². setakat ni aku takde masalah mandi lagi,haha.

rasa nak give up?
ada jugak sebab study kat matrik tough jugak bagi aku sebab ada maths,huhu.then jadual ahad sampai rabu pack sangat.tapi aku kuatkan diri,aku paksa diri even aku rasa susah nak mampus belajar fizik tadi. aku fikir kat ummi abah,famili lain dan masa depan aku.kena banyak muhasabah diri dan kekuatan tu kena ambil daripada cinta Allah sendiri. mujur lah aktiviti kerohanian banyak dan suasana dorm aku pun islamik even selalu gempak².aku rasa lebih dekat dengan Allah. aku kena banyak rancang strategi,contohnya kena lebih luang masa untuk consult lecturers dan banyak tanya syida yang rajin tu kalau ada pape yang tak faham. kuatkan diri ! ini yang penting. banyakkan solat hajat - pesanan untuk diri sendiri.


ini aje update hari ini. sebab wifi tak sampai kat dorm aku. aku pinjam broadband dormmate so takleh lama². assalamualaikum. :)