aku dalam dilema sekarang ni.

Sabtu, 18 Mei 2013

Hidup kat Matrik?


Disebabkan ramai sangat tanya pasal matric ni, so I decide to make an entry. Entry ini ditujukan khas untuk adik² yang akan masuk matric dan my juniors yang ditawarkan ke Kolej MARA Kulim. Antara soalan² yang ditanya :

1) KIMIA kat matric susah tak ? [soalan ni lebih 10x ditanya]

Janganlah terlalu risau. Saya dengan yakin mengatakan, kalau adik² ubah mindset,fokus dan study dengan cara yang betul inshaAllah boleh skor. Ramai saje kawan² yang D Kimia SPM tapi bila final result keluar,mereka happy sebab dapat A. Memang boleh skor lah punya. Tak kiralah berapa gred Kimia adik² masa SPM. Kimia dekat matric memang senang sebab kena faham konsep, study before class, tak faham kena tanya terus kat pensyarah dan kena ada minat. Kalau saya dulu, bab yang saya susah nak hadam saya buat short notes. Dan masa semester 1,saya banyak guna cara 'study before class'. Memang cara ini berkesan dan alhamdulillah markah kuiz Kimia selalu A dan 3x mendapat 100% . Masa semester 2, Kimia akan jadi sikit susah. Sikit sahaja susahnya,sebab banyak kena faham dan kena hafal banyak chemical equations. Nanti kamu akan belajar organik,dan saya sarankan buat mind mapping. Semester 1 make sure skor Kimia okay? ;)

2) Berapa orang satu dorm/bilik ?

Kalau dekat KMKu dulu, satu dorm dalam 25-40 orang. Tapi ramai² best apa sebab lebih meriah dan kalau waktu stay up,takdelah takut sangat nak ke toilet. Toilet dalam dorm jangan dirisau. Tapi ada bangunan Fatimah Az-Zahra, yang ini bilik. Satu bilik 4 orang, bangunan ini lebih baru lah dan pemandangan memang cantik terbaik. Kalau pagi² tu memang rasa macam kat Cameron Highland. Tapi toilet kat luar dan aurat kena jaga sebab bangunan terbuka. 

3) Buku apa kena bawak ?

Masa nak masuk matric dulu, ramai seniors suggest bawak buku SPM. Tapi bagi saya dan saya tengok kawan² yang lain, tak guna sangat pun buku² SPM. Malah memang tak guna langsung. Kamus English wajib bawak lah,buku contoh karangan dan grammar guidance. Lepas tu dekat KMKu setiap jumaat pagi akan ada kelas fardhu ain. Bagi yang ada buku Indahnya Hidup Bersyariat, bawak sebab nanti nak guna. Ustazah yang handle kelas fardhu ain ini memang best,lawak dan serius tak mengantuk. Time kelas ni nanti, adik² nak tanya apa-apa yang dikeliru boleh sahaja. Tanya je nanti ustazah jawab. Macam mana nak tanya? Biasanya tulis atas kertas,lipat² dan hantar ke meja ustazah. :) 

4) Baju kurung bawak berapa? Kasut sukan?

Baju kurung disaran bawak 10 helai. Kasut sukan wajib bawak sebab nanti ada kokurikulum. Then ada yang tanya,seterika bawak tak? Kalau kat KMKu disarankan bawak sebab tak disediakan. Kalau nak kongsi dengan kawan pun boleh sahaja.

5) Culture shock ? [ramai yang tanya pasal ni]

Actually istilah culture shock takde sangat sebab kita masih di Malaysia. Jadi masih mengamalkan budaya Malaysia. Peer shock ada lah,hehe. Saranan saya, pilih kawan yang baik dan study di tempat yang baik seperti surau atau library. Kalau dapat cubemate/roommate yang tak berapa nak baik tu boleh tahan lagi. Tapi kawan ni penting,banyak bawak pengaruh kat kita. Jadi pilih kawan yang baik dan rajin belajar. Banyak kes saya tengok, kawan² yang dulu baik akhlaknya tapi bila berkawan dengan kawan yang malas belajar,sampai dia pun malas belajar jugak. Ada jugak yang jadi malas solat. Normal lah adik². Atas kita nak handle macam mana. Nasihat saya satu lagi, elakkan couple ! Tolong ! Tak perlu couple² sebab benda ni memang merosakkan. Kalau couple tu rajin belajar takpe. Tapi ustazah saya pernah cakap,keberkatan ilmu penting. Study mantap couple mantap tak guna jugak. Duk matric nanti banyak²lah ingat kat famili.

6) Nasihat terakhir ?

Belajar rajin² dan skor 3.5 ke atas. Pilih module yang ikut kemampuan adik². Kalau suka baca² dan hafal²,pilihlah Biologi. Kalau suka kira², pilihlah Fizik. Kalau suka dua², pilihlah dua². Rapat dengan pensyarah dan kawan². Jaga hubungan dengan Allah,rajin²lah pergi solat berjemaah. Dan waktu belajar,belajar sungguh². Jangan peduli kat kawan² yang suka tengok movie,selalu keluar outing dan selalu lepak tu. Akan ada yang jenis macam ni nanti jadi sekali lagi saya nasihat,pilih kawan yang baik. Kurangkan outing sebab bila outing,2jam confirm tak cukup. Cuba fikir,dalam 2jam tu boleh study berapa banyak dah. Jangan tidur terlalu lewat,set time dengan baik. Banyakkan minum air kosong. Waktu kat kolej dulu,saya memang akan prepare air mineral botol besar. Kalau mengantuk masa study,minum. Mengantuk jugak? Tidur sajelah. Apa lagi? Jangan couple. Cara nak elak couple,banyak² baca quran dan fikir famili. Selalu stay dekat surau dan bersama kawan² yang baik. 

That's all.
All the best ! :)

p/s : hargailah masa matrik sebab kat matrik memang best sangat ! :))